Pulau Redang Vacation

Monday, 17 August 2020


The beach is calling and I must go ~
 


Imagine you are on the island, sitting quietly looking at the beautiful bluish-greenish sea. You are alone and want someone to talk to.  Suddenly, your crush who looks like Reza Rahadian walks by the sea. He noticed you. And he smiled. :)

(let me gantung this story here)

Btw, Who's missing the beach? :D

I bet YOU do. Planning for your next vacation to the island? Let's keep reading to see what's happening around Redang Island after tourism industry is back at business again! >,< (This is from my diary notes)

>>>>>>>>>>>>>>>>

Antara pulau yang menjadi perhatian pengunjung untuk bercuti kali ini semestinya pulau-pulau di Terengganu. Sejak sektor pelancongan dibuka semula pada awal Jun lalu, penginapan hotel dan resort serta tempat pelancongan terkenal sentiasa dipenuhi pengunjung setiap minggu. 


Aku adalah antara orang yang teruja untuk bercuti dan menikmati semula keindahan bumi Malaysia setelah berbulan-bulan terkurung di rumah. So, dari 10 hb hingga 14 hb Ogos, aku bersama kakakku dan kawan-kawannya menikmati percutian indah di Pulau Redang, pulau tercantik di negeri Terengganu ini, selain Pulau Kapas dan Pulau Perhentian yang juga merupakan destinasi kegemaran ramai.


As usual, sebelum nak bercuti, kenalah sediakan barang keperluan seperti alat snorkeling, baju mandi, baju OOTD, dan sebagainya. Ini kali pertama aku beli set snorkeling baru sebab selalunya sewa je kat pulau. Ini juga kali pertama aku pergi ke Sport Direct! Tak sangka seronok juga cuci mata kat SD ni. Semua pakaian sukan ada daripada baju renang, baju jogging, hiking dan semuanya serba lengkap ! 

 


Kami bertolak dari TBS ke Terengganu dengan bas malam pukul 11. Sampai di Stesen Kuala Terengganu dalam pukul 5 pagi. Pengalaman aku naik bas so far best sebab aku suka perjalanan jauh sambil tengok jalan raya. Paling penting dalam bas sekarang ada tempat pengecas handphone, so tak perlu risau dah kalau bateri phone atau power bank korang habis.. Kali ni, aku pergi naik bas Adik Beradik Trip dan balik dengan bas Sani Express. Dua2 ada tempat caj handphone. 




Day 1 (Selasa) 

 
 


5-6 pagi: Tiba di Stesen Bas Terengganu dan bersiap di hotel. 
7-8 pagi: Sarapan dan bertolak ke Jeti Syahbandar. 


Sampai2 je awal pagi tu kami ke hotel berdekatan yang sudah ditempah kawan akak aku untuk tumpang bersiap dan solat. Kemudian, kami naik kereta untuk pergi bersarapan. Aku makan nasi lemak pagi tu sebab nasi dagang dah habis. 


Lepas bersarapan, kami bertolak ke Jeti Syahbandar untuk ke pulau. Hari itu hari biasa tetapi jeti dipenuhi ramai orang yang bercuti. Kebanyakan mereka bawa bag bagasi besar. Macam nak bercuti ke oversea.

 

Tak sampai setengah jam selepas ambil tiket kat kaunter, kami pun bergerak masuk ke dalam feri. Perjalanan daripada jeti ke Pulau Redang ambil masa sekitar 1 jam setengah. Sempatlah tidur dan berangan sebelum sampai.  

9.30-11.00 pagi: Bertolak ke Pulau Redang 
2.30-4.30 petang: Open Sea Snorkeling 

Sebelum sampai ke resort pula, semua penumpang perlu bertukar ke feri lain yang akan membawa ke persisiran pantai resort. Selepas semua penumpang dah beralih masuk, pekerja feri akan mengalihkan bag-bag penumpang ke dalam feri. Terima kasih abang-abang feri yang bertungkus lumus membawa dan menjaga bag-bag kami yang beratnya seperti guni. 

 
Tiba di Long beach


Sebelum check-in.

Berehat di pondok




Aktiviti hari pertama kami adalah Open Sea Snorkeling. Dah lama juga aku tak snorkeling. Kali terakhir snorkeling rasanya masa pergi Pulau Perhentian empat tahun lepas. Hari tu tak adalah excited sangat nak snorkeling sebab masih rasa penat. 



Kami dibawa ke Pantai Teluk Kalong untuk aktiviti snorkeling. Mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan terlalu ramai orang buat aku rasa malas untuk terjun ke dalam laut. Tapi akhirnya aku buat keputusan untuk terjun juga. Lepas 15 minit naik balik sebab dah tercungap-cungap. Dan yang paling bijak, iPhone yang aku letak dalam phone casing plastik dah basah. Aku pun rilek je keringkan phone yang dah mati tu. Tak rasa nak main phone masa tengah bercuti ini, so tak adalah rasa gelabah ke apa. Ambil gambar pun guna handphone akak aku je.


(Tapi selepas balik bercuti, aku terus pergi ke kedai di Seremban 2 untuk betulkan skrin iPhone yang dah mati. Kalau ikutkan hati, malas nak betulkan. Nak upload gambar punya pasal dan banyak benda penting dalam phone, aku betulkan lah juga. Alhamdulillah masih ada rezeki untuk betulkan phone yang rosak yang memakan kos RM 150). 


4.30 petang: Makan petang, aktiviti bebas 
7.00 malam: Makan malam BBQ

Selesai aktiviti snorkeling, kami minum petang dengan cekodok pisang manis dan teh tarik panas di pondok pokok kelapa ditemani baju yang basah dan penuh berpasir. Sebelum balik bilik, aku sempat beli beras RM3 daripada cafe resort untuk keringkan phone.  

 
Nyum

Aku dan cekodok pisang


Malam tu, kami dinner BBQ yang disediakan dalam pakej resort. Sekali lagi, kami makan di pondok berhadapan pantai yang romantik. Ada ayam bakar, sotong, ikan, salad, dan nasi goreng. Alhamdulillah sedap sangat dan kenyang.  

 


 Lepas makan, ingat nak berjalan-jalan sekitar pantai, tetapi hujan turun lebat. Akhirnya, lepak je dalam bilik sambil dengar lagu Babyface. Oh, kawan akak aku pinjamkan iPhone 5 dia yang dah tak guna dan  terbawa masuk dalam bag. Nasib baik ada iPhone 5 sebagai peneman sementara. 

  
Day 2 (Rabu) 

Hari kedua lebih simple. Pagi dan petang tu ada aktiviti snorkeling tapi dua-dua sesi aku tak pergi. Malas. Nak rileks. So lepas breakfast, aku lepak sendirian di pantai. The best feeling ever.




7.00 pagi: Sarapan
 9:00 pagi - 12 tengah hari: Snorkeling (tapi aku tak join) Dengar lagu, berjalan-jalan, people-watching


Pagi-pagi ni best sikit nak lepak sebab sunyi tak ramai orang. Mula-mula, aku berjalan ke resort2 sebelah. Pemandangan pantai sangat indah dan tenang. Air laut yang berwarna kehijau-hijauan sangat mendamaikan mata yang memandang. Ada beberapa remaja cina lelaki dan perempuan sedang bergambar sekitar pantai. Seronok aku tengok diorang ni rajin bergambar. Masing-masing saling membantu untuk ambil gambar terbaik. 


Bagi aku, untuk pergi bercuti, wajib untuk bawa kawan-kawan yang sekepala contohnya suka sangat bergambar. Kalau tak sekepala, contohnya kalau kita seorang je suka bergambar tapi yang lain biasa-biasa je, semangatnya dah lain. Kita je yang beria dan akhirnya rasa tak syok untuk minta tolong orang lain ambil gambar sebab risau memenatkan dia atau mungkin dia merungut dalam hati. Kalau aku, aku suka tolong ambilkan gambar orang lain sebanyak mana pun dia nak sebab aku pun sama macam tu.  


Lepas berjalan sekitar resort sebelah, aku balik ke area resort aku dan lepak atas jaring pokok pula. Aku tinggal di Lagoon Resort yang majoritinya pengunjung tempatan. Dalam pukul 10 ke 11 macam tu, aku balik ke bilik untuk mandi dan bersiap untuk keluar lunch dan jalan-jalan lagi. 

12.00 tengah hari: Lunch 

Makan tengah hari biasa-biasa je. Nasi putih dengan lauk ayam, telur, ikan dan sayur. Sedap biasa-biasa dan memuaskan. Yang lain baru balik snorkeling dan terus lunch. Diorang kata snorkeling pagi biasa-biasa je sebab tak pergi ke Marine Park pun. Diorang ingat dapat ke Marine Park tapi dibawa ke tempat lain pula. Aku tak sure kenapa. 

1.00 tengah hari: Tidur lepak dalam bilik sebab kat luar terlalu panas dan terik. 
2.30 petang - 6:00 petang: Rileks2 kat pondok, ambil gambar, pergi melawat resort lain, and snacking time. 

Pukul 2.30 petang ada aktiviti snorkeling tapi kitorang semua tak pergi.  

 
 


Waktu petang ni kitorang banyak lepak, makan snacks dan tengok orang. Awalnya nak cuba berkayak tapi sekali lagi malas menerpa. Hahaha. Aku rasa ni memang percutian paling rileks tanpa keluarkan tenaga yang banyak.




Sambil duduk kat pondok, aku layan mekap Waterproof Lash Love Mascara Mary Kay. Baru aku perasan mascara ni memang best dan terbaik sebab langsung tak comot dan tahan lama. Selalunya aku guna Lash Intensity Mascara yang lebih lebat. Kalau nak pergi pantai, memang terbaik guna mascara waterproof macam ni sebab langsung tak cair. Eyelash pun cantik je menegak. 

 

Lepas main dengan mekap dan buat video sikit, aku makan choco rice NIMS yang sedap teramat ni! Aku rasa ini choco rice paling sedap aku pernah makan sebab aku makan non-stop. Dah rasa sekali, nak lagi dan lagi. Portion choco rice ni punyalah besar tak tahu bila boleh habis. Choco rice ni adik kawan akak aku yang bawa sebab dia jual. Aku jadi berminat sangat dengan choco rice ni sebab sedap! Superb! Perfect la! Rasa dia tak muak langsung, choco rice nya rangup sangat2, dan coklat cair yang betul2 cukup and just nice. Tak terlalu sikit tak terlalu banyak. Nice balance tu yang aku rasa buat dia bertambah sedap. Serius recommended !


Lepas tu, kitorang jalan-jalan pantai sebelah dan duduk dekat meja lepak orang ramai. Kitorang minum coconut shake sambil tengok orang lalu lalang. Masa ni, aku ingat nak reka watak-watak menarik dalam kepala aku. Aku ternampak tiga orang jejaka yang duduk minum coconut shake dekat kerusi hujung. Salah seorang tu menarik perhatian aku. Sebab dia aktif berborak dengan orang sekeliling, dan macam peramah. 


Minum coconut shake depan pantai

Dekat sini la orang ramai lepak

   
Kedai coconut shake


Aku bagi nama dia Zaki (bukan nama sebenar). Dia ni berkulit cerah, badan sasa, bermata bulat, dan pakai non-sleeve tshirt warna hitam. Kadang-kadang dia pakai shades untuk kelihatan lebih macho dan poyo. Bila dia buka shades, kepoyoannya lebih terserlah.  

Dia datang dengan dua orang kawan dia, Shah dan Meon. Shah ni macam cool-cool sikit tak banyak cakap, handsome juga. Meon pula macam seseorang yang menjadi penghibur dan lebih lasak daripada yang lain. Aku syak diorang ni diver atau baru sampai sebab sepanjang kat pantai, diver-diver yang lalu lalang akan berhenti kejap untuk tegur dan berborak dengan si Zaki dan 2 orang lagi. Mungkin diorang baru balik dari aktiviti diving sama-sama sebelah petang. 


Dah selesai usha, aku dengan kawan akak aku balik bilik sambil tinggalkan Zaki dan kawan-kawannya bersama-sama gadis pantai dan si penjual coconut shake yang sangat peramah. Dari awal sampai habis aku dengar cerita si penjual coconut shake tentang pulau dan resort ni. Mana resort paling mahal, paling murah. 


7:00 petang: Makan malam 

 Malam terakhir kitorang kat sini hujan juga tapi tengah2 malam sikit. So sebelah malam kitorang lepak2 tepi pantai dan baring tengok bintang, kemudian singgah ke resort lain, dan tengok blue sand.

 
Pasir biru


First time in my life dapat tengok hidupan pasir biru! Serius magic!


Tengok bintang sambil berbaring atas pantai (pic credit to owner)


Day 3 (Khamis) - Hari nak balik. 


6:00 -6:30 pagi: Bangun untuk tengok sunrise. Tapi tak ada pun sunrise.  Pagi ni kitorang ambil gambar waktu pagi yang cantik dan sejuk. Best sangat perasaan bangun pagi kalau tinggal dalam suasana ni hari2.

 


Lepas sarapan, aku masuk bilik untuk mandi dan bersiap. Kitorang kena check out pukul 10 pagi. 

 

Sebelum balik, sempat lagi bergambar.




Perjalanan balik dari pulau ke jeti rasa lebih cepat berbanding masa pergi. Sampai di jeti, kitorang naik kereta dan pergi makan tengah hari dekat Haji Pok Long ICT (Ikan Celup Tepung) di Pantai Teluk Ketapang. Ini kali kedua aku makan kat sini. 


Sebelum ni, roommate aku Qila yang tinggal di Terengganu bawa makan sini masa kitorang baru balik dari Pulau Kapas. So far, makanan dia okay je aku rasa. Aku tak minat sangat dengan ikan celup tepung, tapi ABC Special dan sotong goreng tepung kat sini memang terbaik!


Lepas tu, kitorang jalan-jalan ke Pasar Payang Baru dan Pantai Teluk Batik sebelum pulang ke KL dan Seremban.

Pasar Payang baru yang besar dan bersih


Itulah percutian rileks aku kali ini. Best, tenang serta menyembuhkan fikiran. Paling penting, dapat tengok ciptaaan Tuhan yang sangat hebat dan indah ini. 

Aku harap mereka yang baru balik dari percutian pulau juga dapat sedikit sebanyak meringankan beban fikiran masing-masing dan lebih tenang dan kuat menghadapi hari seterusnya.


So, itu je perkongsian aku kali ini. Jangan lupa follow post-post yang lain. Bye! 



.

Comments